بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum
bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi
melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut
Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan Utsman bin
Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid bin
Walid radliallahu'anhumღAmiin ya Rabbal'alamin.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andai lelaki tahu..
Apabila
seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia
lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai
lelaki itu.
Andai lelaki tahu..
Apabila seorang
perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi
percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi
lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang
berantem. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada
seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.
Andai lelaki tahu..
Apabila
perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda risih,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andain lelaki tahu..
Apabila
perempuan berkata dia mau kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak
mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila
perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak
sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih mengangap kamu anak
kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu
risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang
diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik
untuk kamu .
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan
merajuk, jangan kata dia melebay-lebay. Dia bukannya mahu dipujuk dengan
uang atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat
perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila
perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak
mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.
Andai lelaki tahu..
Apabila
perempuan bilang lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya
kata-katanya kerana dia hanya mau menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh
mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya
memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di
matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila
perempuan menjadi tengking, dia bukan bermaksud untuk menjadi tengking,
tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan
sikanya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai lelaki tahu..
Apabila
perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud
menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya
sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari
anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan
sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang
paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri
anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah
menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbedaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi
dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal
menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun
sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki
menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan
dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup
anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫♥♫♥♥♫♥♫
Referensi Lainnya : http://kembanganggrek2.blogspot.com/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar